DAFTAR SEKARANG!!!

Oct 25, 2017

Insuran Kemalangan Peribadi Dari Etiqa Takaful


Insuran PERCUMA RM50,000 Untuk Pengguna Sim TonePlus.

Etiqa Takaful Tone Plus

Insuran ini diberikan secara percuma apabila anda menggunakan top up RM50 dan ke atas setiap bulan. Sama ada topup terkumpul atau topup sekeping RM50. Sekurang-kurangnya kita dilindungi setiap bulan di samping mengumpul Big Points AirAsia. Anda digalakkan utk topup sekeping RM50 supaya mendapat promosi data percuma.

Syarat Kelayakan:
  • Berumur 12 tahun sehingga 65 tahun.
  • Topup minimum  RM50 sebulan, topup terkumpul atau sekeping topup RM50.
  • PA Etiqa Takaful akan aktif selepas 60 hari (2 bulan) penggunaan simkad TONE PLUS.
Peringatan:
  • Pastikan simpan keratan besar simkad anda dengan selamat. Nombor polisi insuran anda  terdapat dibelakang keratan simkad Tone Plus anda.
  • Sila semak dan pastikan NAMA, IC & butiran PEWARIS adalah tepat di akaun TonePlus anda.
    • Login di SINI untuk menyemak.


FAQ
1. Bagaimana cara pembayaran premium insuran kemalangan peribadi?
Insuran adalah percuma dan dibiayai oleh tune talk. Topup minimum RM50 melayakkan ahli Tone Plus dilindungi insuran kemalangan peribadi bernilai RM50,000

2. Bilakah perlindungan insuran kita berkuatkuasa?
Perlindungan insuran akan aktif pada hari ke 61 selepas simkad Tone Plus aktif dengan tambahan nilai topup terkumpul RM50 pada bulan pertama dan kedua.

3. Bagaimana menyemak status Insuran kita?
Cara mudah adalah dengan SMS. Taip PA STATUS hantar ke 2222.

4. Jenis pelindungan yg diberikan?
Kemalangan yang menyebabkan kematian atau hilang upaya kekal seperti putus tangan dan sebagainya.

5. Macam mana jika saya mempunyai polisi insuran yg lain?
Semua manfaat akan dibayar sebagai tambahan tanpa mengira polisi lain.

6. Saya mempunyai lebih dari satu akaun Tone Plus. Adakah saya dilindungi lebih dari satu polisi insuran?
Perlindungan terhad kepada hanya satu polisi sahaja.

7. Apakah jenis kemalangan yang layak dilindungi?
Semua kemalangan yang melibatkan kenderaan.

Selain dari itu, senarai dibawah adalah kemalangan tambahan yg turut dilindungi:

A) Pendedahan
Orang yang dilindungi selepas kemalangan dapat mengelak daripada terdedah kepada unsur-unsur semula jadi dan akibat langsung daripada pendedahan tersebut, dia mengalami kecederaan seperti yang dinyatakan dalam jadual manfaat, kecederaan itu hendaklah dianggap sebagai membentuk tuntutan tetapi hanya dibawah kematian dan hilang upaya kekal.

B) Kehilangan
Hilang selama 12 bulan

C) Mogok, rusuhan dan kekecohan awam
Tidak terlibat aktif

D) Pembunuhan, serangan dan penculikan
Tidak digunapakai jika ada provokasi

E)  Rampasan
Tidak cover kalau aktiviti penyalahan undang undang dan disita

F) Aktiviti sukan amatur

G) Lemas
Disebabkan asap beracun gas

H) Gigitan ular, serangga berbahaya atau keracunan makanan.

9) Boleh tak claim jika kita kemalangan motosikal?
Boleh tetapi, tidak sah dalam kemalangan motosikal atau mana-mana kemalangan yg timbul dari perlumbaan, ujian kelajuan.

10) Apakah pekerjaan atau aktiviti berisiko yg tidak layak mendapat perlindungan ini?
  • Tentera dan penguatkuasa undang undang
  • Pilot dan anak kapal
  • Sukan profesional
  • Pekerja menggunakan mesin kayu
  • Selam skuba
  • Seni mempertahankan diri
  • Perlumbaan (selain daripada berjalan kaki)
  • Hoki ais
  • Memburu

Takaful ini juga TIDAK terpakai untuk kejadian seperti ini:
  • Peperangan atau serangan musuh
  • Pemberontakan
  • Tindakan keganasan
  • Sebarang tindakan nuklear
  • Mengambil bahagian dlm operasi polis, tentera dgn pengganas
  • Terlibat dlm sukan profesional
  • Mengambil dadah atau alkohol
  • Pembunuhan atau serangan
  • Sebarang bentuk seni mmpertahankan diri
  • Terlibat dengan perbuatan jenayah
  • Ada AIDS
  • Dakwaan liabiliti
  • Terlibat dlm menunggang atau membonceng motosikal dalam sukan atau tujuan lain.
Jika anda mempunyai apa-apa kekeliruan mengenai insuran ini, anda boleh call TuneTalk Claim Customer Service Officer ditalian:
03-20702828 / 03-20708033

SEMAK STATUS PERLINDUNGAN ANDA DENGAN CARA SEPERTI DIBAWAH
1. Gunakan Apps Tune Talk
2. SMS, taip PA STATUS hantar ke 2222
3. Semak melalui website Tunetalk KLIK DI SINI

POLICY WORDING & CLAIM FORM

  • Download Polisi Perjanjian Insuran di sini.
  • Download Borang Pencalonan Waris di sini.
  • Download Borang Tuntutan Insuran di sini.

Semoga bermanafaat.

No comments:

Post a Comment